Ibu Mengandung Senang Badan Lemah, Letih, Cepat Mengantuk

Adakah anda selalu letih dan tidak bermaya? Sering rasa sudah cukup tidur tetapi tetap terasa mengantuk dan letih?     

Mari kita kaji apa sebab-sebab yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.


Antara punca-punca menyumbang kepada cepat letih, mengantuk, lesu dan susah fokus adalah :
  •     Cara pemakanan yang tidak sihat
  •     Tekanan hidup atau stres
  •     Kegemukan atau obesiti
  •     Pekerjaan yang memenatkan
  •     Insomnia
  •     Darah rendah/anemia
  •     Perokok tegar
  •     Mengambil kafein (kopi / teh) secara berlebihan
  •     Terlebih kerap mengambil makanan segera dan snack yang tidak sihat
  •     Tidak melakukan senaman harian
  •     Kurang minum air
  •     Sedang mengandung
  •     Pengambilan ubat-ubatan
 
Hari ini saya hendak fokus pada sebab-sebab ibu mengandung senang merasa badan lemah, cepat letih, dan selalu mengantuk ...  



  • Tidur yang tidak cukup– disarankan ibu mengandung tidur secukup-cukupnya iaitu dalam 7 hingga 8 jam.  Kembalikan tenaga anda dengan selalu mengambil nap time.
  • Tak cukup energy – ibu mengandung harus mengambil diet sihat dan makanan yang mencukupi. Diet yang seimbang membantu mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Paras glukosa dalam darah tidak boleh rendah, ibu mengandung akan terus menjadi lemah dan mungkin pitam kalau tahap glukosa dalam darah rendah.
  • Skip breakfast– ibu-ibu jangan skip breakfast! Jika rasa seperti tidak lapar, tidak boleh mengambil sarapan yang berat, sila makan sekeping roti, beberapa keping biskut mahupun  hanya minum segelas susu.  Anda perlukan tenaga untuk mengharungi kerja harian yang perlu disiapkan. 
  • Anemia (kurang darah merah) – anemia akan menyebabkan seseorang itu mudah pitam, lesu, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, atau bekerja akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran/kerja. Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan (ataupun biasanya doktor akan sebut HB low) . Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
** Maklumat penyakit anemia
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

< 6.9 - Sangat teruk
6.9 < 8.0 - Teruk
8.0 < 9.5 - Sederhana
9.5 -10.5 - Ringan
  • Gangguan Emosi – Semua orang pernah mengalami tekanan. Ibu hamil senang menghadapi gangguan tekanan emosi. Kehamilan boleh membuatkan anda ketawa dan menangis tanpa sebab. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak, selain dipengaruhi emosi sebelum bergelar ibu bapa. Gangguan emosi bukan sahaja meletihkan seseorang, ia juga memudaratkan kesihatan. Kajian menunjukkan masalah emosi ketika hamil yang tidak dirawat boleh menjejaskan fizikal bayi, meningkatkan peratusan kelahiran bayi pra matang dan seterusnya risiko meroyan.
  • Alahan (disebabkan hormon)- Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di Petaling Jaya, Dr Liew Fah Onn, kehamilan adalah tempoh berlakunya banyak perubahan dalam badan wanita. Hormon mempunyai kesan besar terhadap sistem imun atau daya ketahanan badan yang akan turut mempengaruhi masalah alahan. Contohnya, alahan hidung biasanya berlaku pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan. Wanita hamil lebih mudah mengalami masalah hidung tersumbat, gatal dan hidung berair. Semua ini akan melemahkan sistem imun si ibu mengandung. 
  • Dehidrasi – jika kurang minum air, ibu-ibu akan rasa dehydrated.  Dehidrasi ditakrifkan sebagai 'kekurangan air yang banyak dari tubuh’. Air sumber tenaga dalam badan. Dehidrasi akan menyebabkan aktiviti enzim/aktiviti penyerapan protein di dalam badan menjadi perlahan dan seterusnya menyebabkan seseorang terasa amat penat dan letih. Ia bukan masalah ringan. Menurut Dr. Zubaidi (http://drzubaidi.com) Dehidrasi teruk di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam tubuh dan seterusnya memberikan kesan negatif pada bayi di dalam rahim terutama ketika awal kehamilan.

** Ada beberapa langkah mencegah dehidrasi pada wanita hamil yang disarankan Dr.Zubaidi.
Antaranya ialah :
  • Minum 8 gelas air setiap hari. Perlu mendapat nasihat doktor jika mempunyai komplikasi kehamilan yang lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetis ketika mengalami dehidrasi.

  • Minum sebelum rasa haus.

  • Kurangkan aktiviti fizikal yang agak lasak dan elakkan dari aktiviti di luar rumah yang panas.
Jadi, secara ringkasnya ibu-ibu perlu menjaga pemakanan, dan bersenam setiap hari untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu dan tak bermaya

Lakukan kedua-duanya dengan konsisten setiap hari agar badan sentiasa sihat, cerdas dan cergas. 
Selain itu ibu-ibu hamil harus amalkan pengambilan supplement untuk mempertingkatkan sistem imun.



 
Mums should eat well!

preggy can exercise too!

                       
Take supplements consistently.






Jadi, apa yang harus ibu hamil mengambil untuk mempertingkatkan sistem imun sepanjang kehamilan?

  • Vitamin C -  meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

  • B Complex - lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik penting untuk pembinaan tulang janin, dan mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu hamil memerlukan minimum 400mg asid folik sehari.

  • Vitalea - multivitamin diperkayakan dengan iron (zat besi) khususnya bagi mengatasi masalah anemia sepanjang kehamilan. Ia juga bagus bagi menjaga pembesaran janin. Vitalea paling terkenal untuk ibu-ibu yang perlu menjaga atau menstabilkan bacaan HB.     
  • Zink - Membantu menghasilkan insulin dan enzim dalam tubuh
** Cara pengambilan ialah :
    1 biji sehari, untuk setiap satu Vit-C, B-Complex, Vitalea dan Zink

Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian supplement yang terbaik untuk ibu mengandung.



Apa lagi vitamin lain yang boleh ibu-ibu mengandung consider ambil?

  • Performance Drink - mencegah dehidrasi dan menstabilkan paras gula dalam darah. Ianya minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan. Ia mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina. Formula unik Shaklee iaitu Opticarb membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
Performance Drink sangat bagus untuk mencegah dehidrasi dan menstabilkan paras gula dalam darah. Especially for pregnant mum.

    Performance Drink - mencegah dehidrasi dan menstabilkan paras gula dalam darah. Ianya minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan. Ia mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina. Formula unik Shaklee iaitu Opticarb membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
 
 
 
Dapatkan Shaklee dengan menghubungi saya segera melalui:


jamiearisa@gmail.com / reduanhanif@gmail.com



   019-333 0343   / 019-333 0342





 
Jamie Arisa & Reduan Hanif
Seri Kembangan, Malaysia









Ibu Mengandung Senang Badan Lemah, Letih, Cepat Mengantuk Ibu Mengandung Senang Badan Lemah, Letih, Cepat Mengantuk Reviewed by Unknown on 1:19 AM Rating: 5
Powered by Blogger.