4 Petua Best Hilangkan Sakit Tekak dan Batuk

Sakit tekak dan batuk sering berlaku pada masa yang sama. Dah macam package buy one free one.

Kadang-kadang kita sakit tekak dahulu lepas tu baru datang sakit batuk-batuk. Agaknya otak kita berfikir terdapat benda asing pada kerongkong dan badan akan cuba batuk untuk mengeluarkan bendasing tersebut. 

Adakalanya pula, lepas kita sudah makin pulih dari batuk, sakit pula tekak kita. 


Batuk juga mungkin sebab jangkitan virus, selsema atau masalah kesihatan seperti asthma, tuberculosis dan kanser paru-paru. Lebih-lebih lagi jika anda seorang perokok, anda maybe akan lagi kerap batuk.

Batuk boleh menyebabkan gatal kerongkong, kalau lebih serius - sakit dada dan juga lelah. 
Selain daripada menggunakan ubat batuk klinik atau farmasi, kita boleh try 'merawat' diri sendiri dengan favorite Top 4 petua kegemaran saya (jumpa semasa mengoogle).  Hehe selamat mencuba ya. 


source: google
1. Halia
Halia salah satu penawar batuk yang terkenal. 
 
Menurut laman web RxMed dan LiveStrong.com, komponen perubatan halia adalah pada patinya yang kaya antioksidan dan oleoresin. Oleoresin, sebenarnya, terkenal dengan manfaat untuk membantu mencegah batuk. Sebatian aromatik yang terdapat dalam halia adalah phenyl alkyl ketones, yang dikenali sebagai gingerols, shogaols dan zingerone, adalah sebatian kimia yang menjadikan halia berkualiti sebagai ubat dan berkeupayaan untuk melegakan batuk.

Cubalah teh halia untuk melegakan batuk sakit tekak.  

Begini cara-caranya:
  • Sediakan beberapa hirisan halia (tumbuk sedikit). Masukkan ke dalam periuk, isikan dalam secawan air. Masak sehingga air mendidih. Saya masukkan teabeg sekali dalam periuk tadi. Best diminum semasa panas. Boleh juga tambahkan jus lemon atau madu.
  • Ada articles yang mencadangkan mengunyah halia mentah sekali sekala secara berterusan tapi saya pilih mengambil Peppermint-Ginger Plus (juga bagus untuk Legakan gastrik, angin dan senak perut)   
2. Lemon
Lemon juga boleh digunakan dalam cubaan merawat sakit tekak. 

source: google

Saya gemar membuat honey lemon ginger tea. Orang mat salleh panggil Miracle Tea tau. hehe

source: Fb saya
 



3. Bawang putih
Bawang putih adalah antibakteria dan antimikrobia yang dapat membantu melegakan batuk. Sort of like antibiotik lah bawang putih ni. Baru-baru ni ada terbaca kat social media, yang ada orang sakit tekak lepas makan bawang putih mentah, keesokan harinya, sakit tekak tu langsung hilang. Tapi saya belum lagi lah mencuba mengunyah garlic fresh. 

Heh untuk orang yang berani sahaja kot. Haha. Saya mengambil Garlic Complex sebab ianya tidak berbau. Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic, di mana perisa herbanya terhasil dari kombinasi dua ekstrak herba (Rosemary and Spearmint; dua-dua herba ini berfungsi mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung). 
 
http://naturalvitaminshop.blogspot.com/search/max-results=7?q=garlic


  4. Madu
Hah, ini memang favorite saya. Saya mendapati jika saya mengambil madu dengan kerap (semasa perut kosong) saya jarang sangat batuk ataupun sakit tekak. Ramai juga kawan-kawan saya yang setuju yang madu dapat mengurang kahak dan melegakan tekak. Tak boleh gerenti lah kalau ambil madu mesti sihat dari batuk atau sakit tekak, tapi to me memang mujarab. So, saya recommend anda mengamalkan madu every other day. If not everyday lagi bagus.

Kalau nak cuba Garlic Complex dengan Peppermint-Ginger Plus silalah contact saya, 
Jamie Arisa di 0193330343.

Bye! (ω ) ~♪ 





4 Petua Best Hilangkan Sakit Tekak dan Batuk 4 Petua Best Hilangkan Sakit Tekak dan Batuk Reviewed by Unknown on 12:03 PM Rating: 5
Powered by Blogger.