Top 10 Suplemen Yang Perlu Diambil Setiap Hari

Pemakanan yang baik dan gaya hidup sihat memainkan peranan penting di zaman moden ini. 

Nutrisi sewajarnya dan gaya hidup yang sihat akan membantu mencegah banyak penyakit utama (seperti penyakit jantung, kencing manis dan juga kanser). 

Namun, untuk mendapatkan pemakanan yang betul dalam dunia moden kini boleh menjadi satu cabaran yang besar.  




Kenapa saya kata ianya satu cabaran besar ?

Badan kita tidak boleh menghasilkan kebanyakan nutrien. Kita perlu mengambil nutrien daripada makanan dan makanan tambahan (suplemen) setiap hari.   

• Majoriti orang Malaysia tidak memakan hidangan yang cukup buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi, kita tidak cukup Omega 3 (EPA / DHA), Antioksidan, vitamin B dan pelbagai nutrien lain. 

• Kandungan gizi makanan kita telah berubah. Satu kajian (pada tahun 2004) menyatakan bahawa hasil tanaman yang sama menunjukkan penurunan dalam kandungan nutrien (antara 6 hingga 38% dalam tempoh 50 tahun).

• Sejak penciptaan peti sejuk, j
umlah jenis processed food pun telah meningkat. Zaman sekarang ni, makin ramai yang memilih processed food dan kurang mengambil real food. Makanan yang senang dimakan telah menjadi lebih "berharga" kepada konsumer dibandingkan dengan kualiti kandungan zat makanan itu.

*** ini dia cabaran besar kita

• Kehidupan manusia yang makin penuh dengan stres; dan justeru itu meningkatkan keperluan nutrien, terutamanya vitamin B. (Vitamin B boleh membantu menenangkan)
 

Badan kita terdedah kepada lebih banyak pencemaran dan stres oksidatif berbanding sebelum ini. Kita perlukan pemakanan yang optimum untuk membantu badan kita bertarung dengan tekanan. 
 
 
* Stres oksidatif adalah keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kapasitas tubuh untuk meneutralkannya)


      
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kita tidak mungkin akan dapat memastikan pengambilan zat dengan secukupnya setiap hari. 
Jadi, sekurang-kurangnya pengambilan multivitamin setiap hari sudah memadai; untuk menambahkan zat-zat keperluan seharian.




Inilah senarai Top 10 Suplemen yang saya hendak cadangkan kepada anda semua

 

Multivitamin

Yang penting sekali, mulakan dengan multivitamin sebagai asas dan berikan tubuh anda nutrisi asas yang diperlukan.  

Asid Lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3 (seperti EPA & DHA) menurunkan trigliserida tinggi, dan mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung, membantu menormalkan tekanan darah, dan juga telah terbukti dapat mengatasi masalah rheumatoid arthritis, kemurungan, asma, ADHD , Alzheimer dan Demensia.

Vitamin C

Ramai yang tidak cukup vitamin C dalam diet mereka. Vitamin penting untuk pengeluaran kolagen, penyembuhan luka, penyerapan zat besi dan sistem imun. Oleh kerana badan kita akan proses vitamin C dengan kadar yang cepat, cari produk vitamin C yang boleh melepaskan kandungannya secara berterusan dalam tempoh yang panjang.

Vitamin D

Vitamin penting untuk metabolisme kalsium. Jika anda mahu tulang yang sihat, sila ambil vitamin D. Vitamin D juga menyokong sistem imun kitaDengan mempunyai Vitamin D pada tahap optimum boleh membantu mengekalkan kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan risiko kanser. Ia juga menolong dalam mengatasi kemurungan.

Vitamin B

Vitamin B membantu mengawal metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga membantu dengan sintesis DNA dan pembaikan; dan homocysteine lebih rendah. (Metabolisme homocysteine memerlukan pengambilan asid folik yang mencukupi.) Vitamin B juga bagus dalam pengurusan tekanan stres.

Vitamin K

Vitamin K tidak begitu dikenali dibandingkan dengan vitamin-vitamin lain. Namun begitu ia sangat penting untuk kesihatan kita. Kita kekurangan Vitamin K dalam badan; kerana bukan semua minat makan sayur-sayuran hijau. Vitamin K penting untuk kesihatan tulang, pembekuan darah dan penyembuhan luka.
 

Kalsium

Kalsium terkenal dengan kepentingannya untuk kesihatan tulang dan kalsium dapat mengurangkan risiko osteoporosis. Kalsium juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.

Antioksidan

Antioksidan penting untuk melindungi badan kita daripada radikal bebasSumber-sumber terbaik antioksidan adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Secara alternatif, dapatkan suplemen yang mengandungi vitamin C, E, beta-karotena, lycopene, lutein, zink dan selenium.

Lutein dan Lycopene

Lutein dan Lycopene adalah antioksidan yang hebat. Lutein dan Lycopene menyokong sistem imun kita dan membantu mengekalkan kesihatan secara keseluruhan. Pengambilan secara jangka panjang akan membantu mengekalkan kesihatan mata, jantung, kulit dan paru-paru.

Probiotik

Walaupun ianya bukan nutrien, probiotik berada di dalam senarai ini kerana ianya penting untuk fungsi penghadaman yang normal. Probiotik adalah mikroorganisma yang membantu saluran pencernaan sapaya sentiasa berfungsi normal. Probiotik boleh mengurangkan sembelit dan cirit-birit. Ia juga membantu dengan irritable bowel syndrome.

 

Nak cuba multivitamin Shaklee yang bernama Vitalea

 

Apakah Manfaat Utama VitaLea Shaklee?

  • Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, mempertingkatkan memori dan daya fokus
  • Pelengkap nutrisi, baik untuk yang anemik dan yang berpengamalan diet yang tak seimbang
  • Keupayaan sistem proaktif bagi remaja yang sedang membesar
  • Mempertingkatkan stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Menyediakan asas nutrisi untuk sel-sel, membantu pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon 
  • Melindungi fungsi jantung, buah pinggang dan hati


Untuk pembelian, whatsapp saya di 0193330343 

** AWAS: Vitalea mengandungi Alfalfa dan mungkin tidak digalakkan diambil oleh penghidap SLE.**

NOTA:  Asid Folik terdapat dalam Vitalea, bagus untuk yang sedang hamil dan yang tengah merancang untuk hamil

 

 

 

 


Top 10 Suplemen Yang Perlu Diambil Setiap Hari Top 10 Suplemen Yang Perlu Diambil Setiap Hari Reviewed by Unknown on 3:20 AM Rating: 5
Powered by Blogger.