Vitamin B Complex, seperti yg kita ketahui adalah vitamin B yg lengkap dengan 8 jenis vitamin B kesemuanya.
Vitamin-vitamin B ini bekerjasama antara satu sama lain untuk membantu badan kita kekal sihat.
Apa faedahnya Vitamin B ni ya?
Adakah ianya hanya untuk ibu mengandung dan yang merancang hendak hamil agar kandungan tidak kena spina bifida?
Apakah betul jika kita makan vitamin B complex nanti berat badan akan naik?
Oh tidak semestinya. Yang mengemukkan adalah jika kita layan je nafsu makan kita.. hehe
Antara faedah Vitamin B :
1) Mengurangkan risiko katarak. Katarak terjadi apabila ada selaput di dalam mata yang mengganggu penglihatan kita.
2) Menyihatkan dan mencantikkan kulit dan rambut
3) Menguatkan imun tubuh dengan membantu menjaga sel-sel darah putih di dalam badan.
4) Membantu mengurangkan rasa "stress"
5) Membantu mengaktifkan metabolisma badan terutamanya hemosystin dan mengurangkan risiko sakit jantung.
6) menjaga kesihatan tiroid
Di sini saya nak beritahu juga yang B Complex tergolong dalam vitamin yang agak "panas". Jadi jangan lupa minum air putih sebanyak yang boleh, ideally 2 - 3Liter sehari.
Makan vitamin sebenarnya memang kena minum banyak air.
Kalau tak, nanti kita akan cepat rasa lapar sebab otak kita telah menerima isyarat "lapar" apabila sel-sel badan kita perlukan air. Hah, tulah sebabnya ada yang takut makan vitamin B kononnya akan gemuk (akibat dari asyik rasa nak makan saja).
Jadi, ingat ya, banyak lah MINUM AIR, jangan makan banyak-banyak pula. hehe
Apakah cara yang paling bagus untuk menyimpan B complex?
Supaya tidak "busuk", adalah sebaik-baiknya simpan botol B complex di tempat yang teduh dan sejuk, seperti dalam almari bertutup dan dalam peti sejuk.
B complex ni adalah salah satu vitamin yang hot-selling, sebab ianya murah sahaja (satu botol boleh tahan 4 bulan.) dan memang wajib diambil, especially kita orang perempuan, dan orang yang cepat stres, cepat mengantuk di ofis, dan ibu-ibu mengandung.