Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah “silent killer” kerana ia tidak memberikan tanda-tanda, simptom atau amaran seperti sakit gigi. Sekiranya lambat dikesan dan dirawat, ia membawa kepada risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan penyakit demensia (nyanyuk).
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
- Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
- 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
Kevin Zahri pernah; di dalam blognya; menyenaraikan 7 Langkah bagi mengurangkan tekanan darah tinggi secara natural.
1) Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk menurunkan berat badan.
2) Bersenamlah dengan kerap. Senaman dalam 30-45min; paling kurang 3 hingga 4kali seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
3) Kurangkan pengambilan garam. Limit kepada kurang daripada 2.3g (lebih kurang sesudu teh!) sehari. Pengambilan garam meningkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur dan ikan masin dan cuba jangan tambah garam pada makanan terhidang.
4) Berhenti merokok: Kesan nikotin rokok dapat menaikkan tekanan darah!
5) Kawal stres. Stres secara umum meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Stres yang kronik memudaratkan kesihatan dan boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
7) Amalkan diet yang sihat. Pastikan diet seharian mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah.
Berikutnya ada beberapa tips yang boleh kita amalkan :
- Kawal jumlah kalori makanan untuk satu hari supaya berat badan pada tahap sihat.
- Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
- Lebihkan serat (fiber) seperti oats, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Kawal kolesterol. Elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ dalaman seperti paru-paru dan tingkatkan pengambilan serat.
- Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
- Kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman lain yang berkafein
Selain itu kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menggalakkan kesihatan kardiovaskular. Pengambilan bawang putih membantu mengekalkan tekanan darah dan kadar kolesterol apabila digunakan sebagai sebahagian daripada diet.
Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.
Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih juga secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.
Garlic Complex (RM 47.50) / 60 biji |
pengambilan biasa: 2 biji (selepas makan)
keradangan dan alahan: 2 biji x 2 kali makan (selepas makan)
selsema, tekanan darah tinggi dan hyperlipidemia: 2 biji x 2 kali makan (selepas makan)
Nak dapatkan Garlic Complex Shaklee untuk menolong mengawal tekanan darah?