Ketahui punca atau sebab kenapa anda kerap rasa keletihan, dan cubalah mengatasinya dengan lebih efektif.
Pakar perubatan Dr Tanvir Hussain, ahli kardiologi dari Los Angeles berjaya menyenaraikan 8 sebab utama mengapa kita sering rasa letih dan mengantuk terutamanya pada siang hari.
Dehidrasi - Setiap orang memerlukan air dalam badan yang mencukupi. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair manakala organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Air perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda juga menjadi cergas dan bertenaga. Secara umum, kita memerlukan 2-3Liter sehari.
Kekurangan vitamin B12 - B12 juga dikenali sebagai cobalamin dan ia adalah vitamin water-soluble (larut air), yang berperanan penting agar otak dan sistem saraf berfungsi normal, dan dalam pembentukan darah. Ianya adalah salah satu daripada lapan vitamin B. Kekurangan vitamin B12 akan menyebabkan kita rasa letih dan kurang bertenaga. Kekurangan vitamin B12 juga membuat anda lebih berisiko mengalami kemurungan dan tekanan stres.
Terlalu stres - Individu yang mengalami stress juga cenderung kepada cepat letih. Meminum kafein mungkin dapat membantu anda segar sementara akan tetapi berhati-hati jangan terlebih minum.Terlalu banyak kafein dalam badan akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan bahawa terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.
Mungkin jantung bermasalah- Salah satu simptom lemah jantung adalah perasaan semakin cepat lelah dan sering sesak nafas. Pakar Perunding Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Haizal Haron Kamar, berkata lemah jantung merujuk pada kegagalan jantung untuk mengepam darah secukupnya mengikut keperluan tubuh.
Kekurangan zat besi - Zat besi bertugas mengangkut oksigen ke seluruh badan dan membuang bahan buangan dari sel-sel anda. Jika anda tidak mendapat sekitar 18 miligram sehari, tubuh bergelut untuk berfungsi dengan baik dan anda boleh merasa haus dan letih.
Tidak aktif secara fizikal- Orang-orang yang tidak aktif cenderung untuk mempunyai kadar jantung yang lebih tinggi. Bersama-sama dengan kadar jantung yang lebih tinggi datang keletihan. Diet yang tidak sihat dan kurang bersenam akan menyumbang kepada tekanan darah tinggi.
Terlalu giat bersenam - Pastikan bahawa senaman tidak dilakukan secara berlebih-lebihan. Berlatihlah pada tahap yang sesuai dengan kita, jangan memaksa diri. Senaman yang terlalu meletihkan akan mungkin menyebabkan kecederaan otot.
Menghidap jangkitan salur kencing - Kadangkala, simptom-simptom jangkitan salur kencing atau urinary tract infection (UTI) adalah kurang spesifik; ini termasuklah keletihan badan. Walau apapun sila elakkan daripada menahan membuang air kecil ketika perlu. Ini akan menyebabkan pembiakan bakteria-bakteria yang mungkin terdapat dalam air kencing. Pastikan anda minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini akan membantu anda membuang air kecil lebih kerap. Meminum air akan sentiasa melegakan rasa letih dengan serta merta.
(sumber utama: Majalah iSihat 2014)
Nak cuba menghilangkan rasa letih dengan Shaklee?
Boleh cuba vitamin-vitamin favourite saya seperti yang berikut:
Performance Drink
cegah dehidrasi, lembapkan kulit, kekal paras gula dalam darah, memberi tahanan fizikal
RM 82.50 |
B Complex
lawan simptom stress, kemurungan, cegah anemia, bekal tenaga
OmegaGuard
mencegah penyakit darah tinggi, menambahbaik fungsi jantung
OmegaGuardTM |
Vita-Lea® with Iron Formula
Multivitamin & Multimineral : 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Vita-Lea® with Iron Formula |
Garlic Complex
antibiotik natural, melegakan batuk, sejuk dan selesema dan meningkatkan peredaran darah.
Juga membantu rawat kencing kotor sewaktu hamil.
Garlic Complex |
Dapatkan supplemen Shaklee anda hari ini!