Atasi Gout Dengan Shaklee

Apa itu Gout?

Gout adalah sejenis penyakit akibat daripada asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal daripada purin (sejenis protein). Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan itu tidak dibuang dengan berjaya dan ianya terkumpul di dalam sendi.  

Gout berlaku apabila terjadinya keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Biasanya gout terjadi di sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki.


Sejarah Penyakit Gout

Gout mula dikenal pasti lebih 2000 tahun dahulu dan dikatakan penyakit tertua. 
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Biasanya pesakit gout adalah kaum lelaki dalam lingkungan usia 30-60 tahun. Majoriti kaum wanita yang menghidap penyakit gout adalah yang telah putus haid.


Punca Gout

Ada beberapa punca kenapa Gout berlaku:
- Cara pemakanan,
- Genetik,
- dan masalah buah pinggang.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purin dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purin ditukarkan ke dalam bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.



Cara Mengatasi Gout


1.    Amalkan diet rendah purin. Kurangkan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purin. 

Contoh: organ dalaman (paru, hati), ikan bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)

2.    Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid uric
3.    Minum banyak air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.

4.    Kawal berat badan kita - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan
menyingkirkan asid urik.

5.    Bersenam

Supplemen Shaklee yang dicadangkan

1.    Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki

2.    DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)

3.    OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit

4.    Alfalfa - menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

5.    Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


 Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.  Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Vivix Shaklee


Gout dan Vitamin C

Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gout. 

Vitamin C adalah  uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.


Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. 

Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. 

Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.




Salam Ceria dari kami, Pengguna dan Distributor Tegar Shaklee.


Jika rasa hendak mencuba produk-produk Shaklee... 

Anda boleh hubungi kami melalui: 

jamiearisa@gmail.com / reduanhanif@gmail.com


   019-333 0343   (Jamie) / 019-333 0342 (Reduan)


ataupun
  




Jamie Arisa & Reduan Hanif
Shaklee Independent Distributor
ID 890061    
Seri Kembangan, Malaysia

Atasi Gout Dengan Shaklee Atasi Gout Dengan Shaklee Reviewed by Unknown on 2:02 AM Rating: 5
Powered by Blogger.