Shaklee Cares For Our Children

Majlis pelancaran program kemasyarakatan Shaklee Malaysia, Shaklee Cares for Our Children, telah dilangsungkan pada 14haribulan lepas bersama-sama dengan MyKasih Foundation  untuk membantu golongan yang memerlukan di Malaysia, bagi mendapatkan bekalan nutrisi yang mencukupi terutamanya di kalangan kanak-kanak. 

Projek kemasyarakatan Shaklee Malaysia, 'Shaklee Cares for Our Children' adalah lanjutan daripada Shaklee Cares , program khidmat sosial korporat yang dijalankan oleh Shaklee Corporation pada tahun 1992 selepas kejadian Taufan Andrew di South Florida, Amerika Syarikat.

Shaklee Cares semenjak itu terus membantu rakyat tanpa mengira keperluan mereka melalui wang tunai dan sumbangan produk, dan masa sukarela.

Projek ini menjanjikan jumlah lebih daripada RM1 juta dalam bentuk minuman supplemen pemakanan Meal Shakes kepada seramai dua ribu keluarga yang berdaftar di bawah Yayasan MyKasih

Selain dari itu, Shaklee juga menyalurkan bantuan kewangan, dan barang-barang keperluan asas, agar mereka tidak perlu risau lagi tentang bekalan nutrisi kerana wang yang ada boleh digunakan untuk keperluan lain. 

Shaklee Malaysia akan mengedarkan Meal Shakes setiap bulan selama enam bulan berturut-turut. Keluarga-keluarga yang layak mendapat sumbangan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama akan menerima suplemen untuk enam bulan pertama dan kumpulan yang berikutnya bakal menerima Meal Shakes dari bulan ketujuh dan seterusnya.

Pihak Shaklee Malaysia juga akan bakal melakukan lawatan rumah ke rumah untuk berkongsi dengan mereka cara pemakanan sihat. Mereka perlu diberi pendidikan tentang kepenting nutrisi, agar mengurangkan kejadian kematian kanak-kanak akibat kekurangan nutrisi di Malaysia.

'Shaklee Cares for Our Children' telah dilancarkan oleh Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha Ismail, Presiden kepada Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, yang juga mengambil kesempatan dalam majlis tersebut untuk merasmikan kerjasama antara Shaklee Malaysia dan Yayasan MyKasih

Acara ini dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu termasuk keluarga-keluarga yang menerima sumbangan, wakil management Shaklee serta pengedar bebas Shaklee Malaysia.


Di sini saya lampirkan keratan akhbar untuk program tersebut  


PETALING JAYA - Shaklee Products (M) Sdn. Bhd.  menyalurkan bantuan berjumlah RM1juta dalam bentuk minuman nutrisi kepada 2000 keluarga yang berdaftar dengan Yayasan MyKasih.

Ia menerusi program Shaklee Cares For Our Children yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

Presiden Shaklee, Victor Lim berkata, matlamat penganjuran program bersama Yayasan MyKasih itu menekankan pentingnya pengambilan nutrisi dalam kanak-kanak tempatan untuk meningkatkan kesihatan mereka.

"Kami komited membantu memberi sumbangan dan pada masa sama mempromosikan gaya hidup sihat melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam program kemasyarakatan kami.

"Nutrisi sangat penting dalam tumbesaran dan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.

"Oleh itu, kerjasama dengan pihak yayasan dalam memastikan kanak-kanak ini sentiasa sihat melalui program bantuan makanan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran pengumuman kolaborasi dengan Yayasan MyKasih bagi penganjuran program Shaklee Cares for Our Children di sini semalam.

Kredit:  
www.kosmo.com.my 
blog.thebrandlaureate.com
www.lynanoh.com
www.shakleecares.org  
www.mykasih.com.my








Anda harus turut serta menyumbang kepada kanak-kanak ini; dengan setiap pembelian promosi diatas. Beli 3 canister Mealshake, dan dapatkan 1 extra Mealshake, serta menyumbang dan sedekah secara tak langsung.  Sayangilah anak-anak kita, negara kita dan menyumbang kepada persekitaran yang sihat dan baik, jom kita mulakan sekarang juga!



Dapatkan Shaklee dengan menghubungi saya segera melalui:





jamiearisa@gmail.com



   019-333 0343  











Jamie Arisa & Reduan Hanif
Seri Kembangan, Malaysia



Shaklee Cares For Our Children Shaklee Cares For Our Children Reviewed by Unknown on 9:21 PM Rating: 5
Powered by Blogger.