Radikal Bebas, Anti-Oksidan, Anti-Penuaan Dengan Shaklee

Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semulajadi badan manusia yang tergendala dan ianya mengundang perbagai masalah kesihatan.

Di antara perubahan yang mungkin akan berlaku dalam proses penuaan adalah seperti berikut:
  • Badan menjadi bongkok.
  • Kulit menjadi nipis, mudah pecah, kering dan berkedut.
  • Salur darah jadi lebih tebal.
  • Fungsi buah pinggang berkurangan.
  • Kelenjar prostat (lelaki) membesar.
  • Fungsi paru-paru berkurangan.
  • Perubahan deria rasa.
  • Pergerakan usus lambat.
  • Sakit sendi (osteoarthritis).
  • Otot kurang kuat.
  • Mata terbenam, berkedut.
  • Mata berselaput (katarak).
  • Penglihatan berkurangan.
  • Pendengaran berkurangan.
  • Reaksi saraf lebih perlahan.
  • Kebolehan berfikir/menumpu perhatian berkurangan.
  • Sistem pertahanan tubuh berkurangan.
  • Putus haid (perempuan) dan masalah kurang hormon androgen (lelaki).
Dan juga perubahan lain yang mungkin akan berlaku  seperti:
Sel otak berkurangan:  Pelupa, mudah keliru, nyanyuk dan murung.
Personaliti: Lebih sensitif, mementingkan diri, 'moody’ (angin tak baik) dan degil.

Minda: Kurang daya ingatan (terutama perkara baru) dan daya penumpuan.
Emosi: Kurang keyakinan diri, senang rasa kesunyian, sikap rendah diri dan selalu dalam keresahan.

"Cegah apa yang boleh kita cegah, apa yang kita tidak boleh cegah... kita cuba lambatkan"




Apakah yang menyebabkan penuaan dan penyakit dan ketidakupayaan apabila usia semakin meningkat?
 
Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954.

Ia menyatakan bahawa penuaan disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas (ataupun oksidan).



Kehadiran radikal bebas sering menjadi kebimbangan kerana ia mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti sakit jantung, strok, kencing manis, osteoporosis, arthritis dan kanser.

Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.

Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Ia akan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul itu pula akan menjadi radikal bebas dan proses itu akan berterusan. 



Apa punca badan manusia penuh dengan radikal bebas?

  • Makanan tidak sihat, berlemak.
  • Minuman beralkohol.
  • Rokok. (sebatang rokok membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.)
  • Pencemaran alam sekitar.
  • Tekanan emosi.
  • Terdedah kepada bahan kimia bertoksik (seperti racun serangga).
  • Sinaran ultra ungu.
  • dan lain-lain


Bagaimana hendak tangani radikal bebas?

Untuk menghapuskan radikal bebas, badan kita memerlukan antioksidan. 


Sebatian antioksidan boleh "menderma" elektron kepada radikal bebas yang tidak stabil sehingga mereka tidak perlu merebut elektron daripada sel-sel yang berdekatan. Anti-oksidan juga boleh membantu membaiki kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.


Akan tetapi, badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia hanya bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. 

Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan beta karotina.

Dapatkan Set AntiOksidan Shaklee hari ini!


Set Anti Oksidan Shaklee


Radikal Bebas, Anti-Oksidan, Anti-Penuaan Dengan Shaklee Radikal Bebas, Anti-Oksidan, Anti-Penuaan Dengan Shaklee Reviewed by Unknown on 6:26 PM Rating: 5
Powered by Blogger.