Air Penting Untuk Menurunkan Berat Badan

Air dianggap sebagai cara semulajadi untuk menyembuhkan dan mencegah pelbagai penyakit. Air adalah salah satu syarat utama untuk hidup. Kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi ataupun penyahhidratan. Dehidrasi boleh membawa kepada komplikasi seperti sawan, koma, kegagalan buah pinggang dan juga kematian.

Dengan meminum air mencukupi setiap hari dapat membantu melancarkan sistem pembuangan tubuh badan kita dan ia begitu penting agar kita sihat secara fizikal dan mental.

Air yang cukup dalam badan dapat memastikan kulit dan wajah yang cantik berseri, dan juga penurunan berat badan yang efektif. Pengambilan air yang mencukupi juga akan mempertahankan fungsi hati kita - yang merupakan organ penting dalam sistem tubuh badan. 


Air Penting Untuk Menurunkan Berat Badan Secara Efektif ?

Selain daripada membersihkan dalaman tubuh, meminum air sebelum makan dapat mengurangkan keinginan kita untuk terlebih makan. Air juga tidak mengandungi kalori, jadi ianya begitu bermanfaat kepada kita dalam konteks menurunkan berat badan tanpa kesan sampingan negatif.

Secara umumnya, adalah disarankan sebaik-baiknya untuk meminum sekitar 9 -10 gelas air setiap hari (tidak kiralah air putih, jus buah atau teh herbal). Proses metabolisma dan pembakaran kalori memerlukan air yang mencukupi untuk berfungsi secara efektif. Air juga amat penting  untuk menjaga otot dan membantu mencerna makanan yang kaya serat, dan penting untuk tubuh langsing dan sihat.

Konsep utama penurunan berat badan dengan air adalah : 
Air dapat membantu melancarkan mekanisma badan supaya efektif dalam pembersihan dan pembuangan lemak dan cairan kotoron melalui pembuangan air kencing dan air besar. 

Jadi, adalah penting sekali supaya badan kita sentiasa mendapat air yang mencukupi.

 
Bagaimana kita boleh memastikan badan kita cukup hidrat


  • Minum Air yang Cukup Setiap Hari

    Biasakan diri untuk meminum air setiap hari terutama sebelum makan. Minum 2 gelas air sebelum makan akan membantu mengurangkan nafsu makan.
     


  • Minum Jus Buah atau Teh Herba

    Jus buah mengandungi banyak vitamin dan mineral yang penting dalam menjadi sihat dan cergas. Meminum jus buah juga efektif dalam menambah kadar air dalam badan dan membantu dalam penurunan berat badan. Secara alternatif, anda juga boleh memilih teh herba yang berkalori rendah.
     








  • Jus Lemon Madu
Ambil air jus lemon madu (suam) setiap pagi sebelum sarapan dapat membantu dalam penurunan berat badan. Ini tips dari seorang kawan Indonesia saya. :-) Ataupun jika anda tidak suka air lemon madu ini, boleh je mengambil air suam-suam panas selepas bangkit dari tidur.  




Air Penting Untuk Menurunkan Berat Badan Air Penting Untuk Menurunkan Berat Badan Reviewed by Unknown on 5:43 PM Rating: 5
Powered by Blogger.