Produk Shaklee CarotoMax Melindungi Mata

Pasti anda pernah dengar yang lobak merah itu bagus untuk mata.  

Kenapa secara tradisi, lobak mata itu dikatakan bagus untuk penglihatan kita?
Ini adalah kerana lobak merah kaya dengan beta-carotene. Beta-carotene merupakan karotenoid yang memberikan warna pada tumbuhan, dan ianya memiliki efek antioksidan. Bukan lobak sahaja, malah tomato pun bagus untuk kesihatan penglihatan kita.

Mari kita belajar sedikit tentang karotenoid.

Karotenoid bertindak sebagai antioksida larut lemak terbaik untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan manusia dan terutamanya mata, prostat, serviks, paru-paru dan jantung.  

Antioksidan adalah enzim yang menghalang radikal bebas daripada menyebabkan kerosakan (pengoksidaan) sel-sel.  
produk shaklee untuk kesihatan mata, carotomax

CarotoMax® untuk mata


Carotomax ialah campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein,likopena dan zeaxanthin yang memberikan manfaat kuasa karotenoid serba lengkap. 

Carotomax Shaklee melindungi tubuh kita dengan mengukuhkan integriti sel. Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksida daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan dengan mengekstrak karotenoid semula jadi dan menawarkannya dalam pelbagai bentuk yang mudah diterima badan kita.


Apa manfaat campuran ini?

Alfa & Beta Carotene
  • dianggap provitamins kerana kedua-dua zat ini boleh bertukar menjadi 'aktif' vitamin A di dalam tubuh badan 
  • meningkatkan sistem imun secara keseluruhan
  • membantu mempercepatkan pemulihan luka, dan menolong memperbaiki kulit
Lutein & Zeaxanthin
  • membantu melindungi retina anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh cahaya terik dan ultraungu berbahaya (UV and HEV).
  • ia boleh mengurangkan risiko anda untuk menghidapi AMD dan katarak.
  • adalah 2 jenis karotenoid yang berwarna kuning / merah dan didapati secara meluas dalam sayur-sayuran dan tumbuhan. 
Astaxanthin
  • anti-radang dan dikatakan boleh melegakan kesakitan.
  • membantu melawan tanda-tanda penuaan dan menyokong kesihatan sendi dan tulang,
  • melindungi kerosakan yang diakibatkan oleh kolestrol LDL.


Lycopine
  • adalah pigmen yang memberikan warna merah tomato mereka. 
  • selain tomato, lain-lain sumber lycopene adalah tembikai, pink grapefruit, aprikot dan blood oranges. 
  • lycopene, seperti lutein dan zeaxanthin, dipercayai boleh mengurangkan risiko AMD dan katarak.
jadi, Carotomax Shaklee melindungi mata kita dengan mengurangkan kerosakan sel-sel mata dan menaikkan sistem imun tubuh kita.



*The nutrient content of a daily serving of Carotomax is not the same as the nutrients found in the food shown. Detailed nutritional information can be found on the Carotomax supplement fact boxes. Every food provides nutrients beyond those listed on this chart.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. 
Produk Shaklee CarotoMax Melindungi Mata Produk Shaklee CarotoMax Melindungi Mata Reviewed by Unknown on 6:00 AM Rating: 5
Powered by Blogger.