Macam Mana Nak Bayar Fidyah Online

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. 

Contoh-contoh orang yang perlu membayar fidyah: 

1.
 Orang tua yang terlalu uzur dan orang sakit terlantar dan tidak boleh berpuasa – wajib bayar fidyah tanpa perlu mengqadha puasa.
2. Ibu hamil yang bimbangkan keselamatan bayi dalam kandungannya – wajib qadha dan bayar fidyah. (Namun jika tidak berpuasa kerana diri sendiri wajib qadha sahaja & tidak diwajibkan fidyah.)
3. Ibu menyusukan anak yang bimbang air susunya kering dan menjejaskan anaknya – wajib qadha dan bayar fidyah. (Namun jika tidak berpuasa kerana diri sendiri wajib qadha sahaja & tidak diwajibkan fidyah.)
Bagi situasi ibu-ibu (no. 2 dan 3), sekiranya mereka tidak mengqadha puasanya dalam tahun yang sama dan sebelum tibanya Ramadhan tahun yang berikut, maka fidyah perlu digandakan tetapi kuantiti hari ganti puasa tetap sama.
4. Bagi yang telah meninggal dunia tetapi masih ada tertinggal puasanya (tidak sempat menggantikannya). Bayaran fidyah boleh disempurnakan oleh waris-waris mereka.
kadar bayaran fidyah boleh dirujuk di laman ZAKAT.COM.MY ---->>>>>>
    
kalkulator fidyah (sila klik).

Cara pembayaran fidyah boleh dirujuk kepada mana-mana pusat zakat seluruh malaysia. Boleh juga dilaksanakan sendiri kepada golongan-golongan asnaf yang layak menerima fidyah.
Namun, kini pembayaran fidyah adalah lebih mudah dengan khidmat fidyah online yang disediakan oleh Maybank2U.

Langkah-langkah membayar:
Bayar fidyah online











































































Login ke akaun Maybank2U  
Klik Accounts & Banking
Klik Bill Payment
Klik Make a One-Off Payment
Pilih kategori dari drop-down menu : Zakat & Charity 
Pilih kategori dari drop-down menu : Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP 
Pilih kategori dari drop-down menu : Fidyah
Ikuti langkah seterusnya, isikan ruangan untuk jumlah, akaun dan nombor telefon
Klik Request a TAC number
Masukkan TAC number dan klik confirm

Seterusnya jika dah dapat Confirmation Status 
Simpan " resit " ini sebagai rujukan
 

begitu mudah bukan?  :)

Untuk niat membayar fidyah, niat ikhlas di dalam hati untuk pembayaran fidyah pada tahun sekian-sekian.

Jom bayar fidyah!




psssttt.... hah dah start ganti puasa ???? 
jom sama2 start jom ..hehe 
 ~(˘▾˘~) ~(˘▾˘)~ (~˘▾˘)~



Dapatkan Set Berpuasa Mighty 3 GEM di sini


boleh sms / whatsapp / wechat / telegram / line  saya 
di...

~  0193330343
~ Jamie Arisa 
~ Shaklee ID 890061 

Sending Virtual Hug Emoticon 

Macam Mana Nak Bayar Fidyah Online Macam Mana Nak Bayar Fidyah Online Reviewed by Unknown on 2:47 AM Rating: 5
Powered by Blogger.