Apa Itu Let Down Reflex

Teringat balik dulu masa first time dapat anak baru lahir.
Masa tu rasa macam bodoh sangat semua pun tak tahu.

Bukan sahaja tak tahu apa itu LDR (Let Down Reflex), malah tak tahu kepentingannya.

Kenapa saya kata LDR itu penting dalam menghasil penyusuan bayi yang lebih efektif ?

Mula-mula kita perlu fahamkan dulu apakah itu refleks let down.

Bila Let Down Reflex terjadi, ibu akan terasa puas dan relax at the same time susu ibu akan terpancut keluar dengan laju




Bila Let Down Reflex terjadi, ibu akan terasa puas dan relax at the same time susu ibu akan terpancut keluar dengan laju

Refleks let-down jika dipendekkan kata ia adalah rasa berdenyut-denyut (di payudara) yang seterusnya memberi aliran hangat susu sebaik sahaja mulut bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. 

Jika si ibu yang menyusu tidak mengalami perasaan seperti ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan luar, tiada ruang private, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih ataupun sakit. 

Jadi, bila ibu-ibu hendak menyusukan, carilah tempat yang anda ada ruang bersendirian lebih private dan selesa.

Sebelum memulakan sesi mengepam pula, urut-urut lah payudara agar dapat mempercepatkan atau memberangsangkan let down reflex. 

Kadang-kadang semasa mengepam ada yang dapat 2-3 kali let down reflex. Bila kita sudah dapat mencapai let down reflex, memang itu satu perasaan puas hati yang teramat. Sukar saya hendak terangkan dengan lebih lanjut. 

Tetapi, selagi breast masih rasa mengeras selagi itulah susu kita belum keluar abis sepenuhnya ya. 

Setiap orang mempunyai cara capai LDR yang tidak sama. Satu hint adalah apabila payudara mengeras dan terasa merenyut-renyut, sila fokus dan concentrate pada mengepam dan pada masa yang sama anda akan terasa relax dan pada ketika itu susu akan keluar dengan banyak. 

Jadi, ingat ya, perlu dikosongkan sebelum berhenti mengepam. 
Kalau nak difahamkan lagi, bila bayi direct feed from breast pay attention kadang-kadang bayi akan minum seperti tersedak-sedak sebab susu keluar dengan banyak -- itulah masa Let Down Reflex sedang berlaku. 


Digalakkan untuk mencuba Set Penyusuan Ibu Shaklee untuk memberi bayi kesayangan anda nutrisi yang terbaik  



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++  
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di .... 


jamiearisa@gmail.com / reduanhanif@gmail.com




   
019-333 0343 (Jamie)   019-333 0342 (Reduan)



  
atau isi borang order di sini 




Jamie Arisa & Reduan Hanif
Seri Kembangan, Malaysia
Shaklee ID 890061
Apa Itu Let Down Reflex Apa Itu Let Down Reflex Reviewed by Unknown on 6:17 PM Rating: 5
Powered by Blogger.