Kementerian Kesihatan sahkan 2 produk coklat Cadbury ada DNA babi


Lagi-lagi isu Cadbury haram.  
Tapi kali ini KKM dah sahkan pun ada DNA babi dalam coklat Cadbury.

huwaaaa....coklat favorite kami tu.
That's it. Kena ban terus.

___________________________________________________________________________________
KUALA LUMPUR  Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan bahawa KKM mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014.

3 sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati bahawa 2 sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:

(i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 Nov 2014; dan 




oklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut diharamkan


 
(ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Jan 2015.
Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond diharamkan


Manakala, sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.  

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

Sementara itu, Cadbury dalam Facebooknya pula mengesahkan bahawa semua produk yang dihasilkan di Malaysia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


___________________________________________________________________________________
Hah… I don’t know about you, tapi rasa memang taubat lah takkan makan cadbury lagi buat a long long time sampai kes ni betul-betul clear … 

Saya nasihatkan semua pengguna hentikan sementara memakan produk coklat Cadbury sebab pihak KKM pun telah mengesahkan penggunaan Porcine (DNA Babi) dalam produk syarikat tersebut.



Kementerian Kesihatan sahkan 2 produk coklat Cadbury ada DNA babi Kementerian Kesihatan sahkan 2 produk coklat Cadbury ada DNA babi Reviewed by Unknown on 3:13 PM Rating: 5
Powered by Blogger.